REFLEKSI
PANDANGAN SAYA MENGENAI PROJEK INI
Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan inidengan jayanya. Tugasan individu yang saya pilih sangat menarik dan sangat sesuaiuntuk dijadikan panduan semasa berada di sekolah. Ia bertajuk Tekanan EmosiDalam Kalangan Murid. Setelah mendapat tajuk ini, saya membuat kesimpulanbahawa tekanan emosi adalah berkaitan dengan ilmu psikologi. Saya sangatberminat untuk meneroka dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tekananemosi murid ini kerana sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui danmenyediakan diri dengan pelbagai jenis murid yang berlainan latar belakang, budayadan kepercayaan.Banyak ilmu dan input yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan.Selain daripada buku-buku rujukan, saya juga memperolehi maklumat daripadabahan laman web yang banyak menyediakan bahan rujukan terutama sekali individuyang sudi berkongsi bahan mereka. Melalui kefahaman saya, murid-muridmengalami tekanan emosi tanpa mengira umur. Itulah adalah fakta yang baru sayaketahui kerana pada saya selama ini murid tidak pernah menghadapi tekanankerana sering bermain dan gembira bersama rakan-rakan.Walau bagaimanapun, saya mendapati ada beberapa orang murid yangmenghadapi tekanan tetapi tidak membimbangkan. Biasanya ia disebabkan tekananbelajar kerana murid-murid yang sering menghadapi tekanan adalah mereka yangsangat lemah dalam kemahiran literasi dan numerasi. Desakan guru yang menyuruhmereka menghafal huruf, nombor, membaca dan mengira merupakan tekanankepada mereka semasa berada di sekolah. Dari segi masalah kekeluargaan jugamenunjukkan beberapa orang murid menghadapi tekanan kerana faktor penceraianibubapa.Setelah saya mengetahui masalah yang dihadapi murid, barulah saya sedarbahawa kanak-kanak ini masih memerlukan kasih sayang dan perhatian sewajarnyadaripada guru-gurunya. Walau bagaimanapun, tekanan emosi guru juga tidak bolehdipandang ringan. Kadangkala guru-guru tidak menampakkan ciri-ciri luaran tertekanemosi tetapi akan memberi kesan pada perasaan dan tumpuan guru dalampengajaran. Memandangkan saya telah memperolehi maklumat berguna ini makasaya akan berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bersama guru-guru lain mengenai. isu murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemungkinan berkaitan denganmasalah tekanan emosi.Semoga usaha dan pembelajaran saya untuk menyiapkan tugasan ini akanmemberikan saya lebih yakin untuk mengajar dan berusaha membantu murid-muridkhususnya yang menghadapi masalah tekanan emosi untuk mencapai objektifpembelajaran yang diharapkan.
Comments
Post a Comment